Like Us

Tuesday, March 19, 2013

Cara-cara buat CENDOL

Cendol
5 Sudu makan - Tepung beras
1 sudu makan - Tepung gandum
1 sudu makan - Tepung pulut
10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja.

Cara-cara
1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.
4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.
5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

Dah siap bab cendol.

AIR CENDOL
1 Kotak Santan Segera - santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara-Cara
1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)
3. Bila dan mendidih tutup api.
4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.....

SELAMAT MENCUBA!!!!

1 comment:

  1. Assalam encik aemy, akak minta izin copy resepinye yer! tringin nk terai stail gini plak..hehe

    ReplyDelete