Like Us

Wednesday, February 1, 2012

RESEPI MEE KUNG FU/MEE LADNA/MEE KANTONIS

Cadangan Hidangan : 5 orang
Masa Memasak       : 15 minit
Masa Penyediaan     : 20 minit

BAHAN² KUAH:
2 SUDU MAKAN MINYAK MASAK
5 ULAS BAWANG PUTIH - DICINCANG
UDANG – BUANG KULIT
ISI AYAM – DIPTONG DADU
2 SUDU MAKAN SOS TIRAM
STOK AYAM (SERBUK) – 1 PEKET
SAYUR KUBIS – DI CINCANG
SAYUR KAILAN – DI CINCANG
LOBAK MERAH – DI POTONG PANJANG
3 LITER AIR TAPIS
5 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG – BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
3 BIJI TELUR PUTIH


CARA-CARA MEMASAK:
1.       PANASKAN PERIUK. MASUKKAN MINYAK MASAK. TUMISKAN BAWANG PUTIH SEHINGGA NAIK BAU.
2.       MASUKKAN ISI AYAM. DIKACAU SEHINGGA SEPARUH MASAK.
3.       MASUKKAN SAYUR KUBIS, KAILAN DAN LOBAK MERAH. DIKACAU SEKEJAP.
4.       MASUKKAN SOS TIRAM. DAN MASUKKAN AIR TAPIS.
5.       BILA AIR DAH MENDIDIH MASUKKAN UDANG.
6.       MASUKKAN TEPUNG JAGUNG DAN STOK AYAM, KACAU SEHINGGA PEKAT.
7.       MASUKKAN TELUR PUTIH DAN KACAU SEHINGGA SEBATI.
8.       HIDANGKAN PANAS².

CARA-CARA HIDANG MEE KUNG FU:
1.       AMBIL SEBIJI TELUR AYAM DAN PECAHKAN KEDALAM MANGKUK. 
2.       MASUKKAN SEGENGGAM MEE BERSAMA TELUR DAN GAUL SEHINGGA SEBATI.
3.       PANASKAN KUALI. MASUKKAN MINYAK UTK MENGGORENG.
4.       GORENG MEE TADI SEHINGGA GARING.
5.       ANGKAT DAN CURAHKAN KUAH PANAS².

CARA-CARA HIDANG MEE LADNA:
1.       CELUR MEE.
2.       GAUL MEE DENGAN KICAP PEKAT. BIARKAN DALAM 10 MINIT. TOSKAN.
3.       HIDANG DENGAN KUAH PANAS.

CARA-CARA HIDANG MEE KANTONIS:
1.       AMBIL SEGENGGAM MEE.
2.       PANASKAN KUALI BERSAMA MINYAK GORENG.
3.       GORENG MEE SEHINGGA GARING.
4.       HIDANG DENGAN KUAH PANAS

Original resepi by Aemy.co

No comments:

Post a Comment