Monday, July 3, 2017

Bercuti Di Samsuria Beach Resort Apartment, Balok, Kuantan, Pahang , Malaysia.

Jalan-jalan makan angin di Samsuria Beach Resort Apartment, Balok Kuantan. (25/6/2017)

Bertolak dari rumah dalam pukul 10pg.

Ikut highway Gombak - Pantai Timur. Exit Jabor. Perjalanan dalam masa 3 Jam.

Sebelum jumpa Samsuria Beach Apartment akan nampak penanda di Bar Breeze.. sebelah sahaja.

Kami ambil Apartment 2 bilik. Ground floor menghadap pantai..

Bilik Tidur Utama yang Luas. 
Tingkap bilik menghadap Laut.

Tandas di bilik Tidur Utama Besar.

Bilik Tidur kedua pun luas.

Tandas bilik Tidur kedua - #Rosak

Ruang dapur yang lengkap

Ruang Tamu yang luas dan selesa.

Ada tempat ampai baju.

Semua bilik ada penghawa dingin.

Kolam Renang yang besar dan luas.

Laluan ke Pantai


 Pemandangan dari perjalanan ke Pantai
Dah sampai pantai.. 
Ada tebing yang menjadi kolam cetek bila air pasang. 
Selamat untuk anak-anak bermain

Air mula pasang dikawasan tebing.

Air laut mula memenuhi kawasan tebing.

Air sudah mula penuh..boleh mandi!!!

Berjalan atas air laut..

Hasil tangkapan..umang-umang dan tapak sulaiman

Hati-hati ada obor-obor tau! Air yang sangat jernih..

Seronok..ramai pengunjung. (Datang masa peak time)


Pasir yang putih bersih

Pantai Landai

Cadangan Kedai Makan Yang Sedap!!!

Kami bersarapan di Kedai Double AA Restoran sebelah 
Petronas kawasan Cherating.
Kalau dari Samsuria Apartment dalam 10-15 minit, Tak jauh la. 

Menu yang paling meletop kat sini wajib cuba :
Nasi Lemak Ayam Bakar
Nasi Kerabu
Roti Canai

Confirm datang balik lepas sekali cuba!


Kalau malas nak pegi jauh depan jalan besar 
Samsuria Apartment pun ada banyak kedai makan.
Kalau nak cari makan, pergi berjalan ke kawasan Cherating, banyak Restoran.

*Perkara menarik tambahan:
>Boleh parking dihadapan bilik apartment.
>Staff yang mesra.
> 4.5 / 5  Bintang dari kami!

**Kekurangan Samsuria Beach Resort:
>Tiada arah kiblat.
>Kebersihan lantai bilik perlu lebih dipertingkatkan.
>Tandas yang rosak harus dibaik ya!

1 comment:

  1. Salam.sis.boleh ke bawa family ramai2 ke dalam apartment ni..ke dorg strict 4/5 orang je satu apartment.tq

    ReplyDelete

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...