Like Us

Tuesday, March 19, 2013

Cara-cara buat KUAH Yong Tau Foo

Sebelum terlupa nak buat sekali lagi resepi ni. Ni yang tulis dekat blog nih....
Saya buat Sos ni guna apa bahan yang ada dekat dalam dapur.

SOS HITAM

BAHAN A
1 sudu makan Cili Giling
1 sudu teh belacan
1 sudu teh sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 ketul gula melaka (Hitam)
1 sudu makan tepung jagung - campur dan kacau dengan air sejuk
1/2 cawan air masak
garam dan gula secukup rasa.

BAHAN B
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak

Cara-cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak kedalam periuk yang telah dipanaskan.
2. Masukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.
3. Masukkan 1 ketul gula melaka. Biarkan ia cair.
4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.
5. Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.
6. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo.

Sedap!!!

KUAH

Senang je nak buat kuah ni.

Cara-cara:
1. Mula-mula masukkan semangkuk air tapis (air masak) kedalam periuk.
2. Hidupkan api. Masukkan kiub pati ayam / Stok Ayam. Kalau takde jugak, rebus bahagian ayam (tulang) untuk dijadikan stok / pati ayam.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang nak dijadikan steamboot tu. Contoh Fishcake, Fishball, kangkung, udang dan sebagainya.
4. Letak garam secukup rasa.
5. Bila semua yang direbus tu dah kembang dan masak. Angkat dan toskan. Hias elok-elok dalam mangkuk.
6. Tuang sup tadi kedalam mangkuk yang lebih besar (kalau kuahnya banyak) taburkan bawang goreng, daun sup serta daun bawang. 
7. Sudah siap dan Boleh menikmati Yong Tau Foo Dengan Mudah dan Sempoi Abis....

Bahan-bahan makan contoh FISHCAKE. FISHBALL tu ada jual dekat Hypermarket contoh dekat JJ / Carrefour. Dekat luar tulis Steamboat dekat tempat frozen food biasanya ada. Cari yang ada HALAL JAKIM. Nak lagi sedap...tambah la macam-macam lagi...cipta makanan kegemaran anda sendiri lagi syok..

*Gambar tak sempat nak ambil. Dah makan semua habis...YUMMY....

5 comments:

  1. wah sangat menarik. awat tak post gambaq skali:) tq for the recioe..

    ReplyDelete
  2. Semua Gambar Tidak Sempat Diambil sebab Terus Dimakan...

    ReplyDelete
  3. thanks.. pas ni dh blh buat sdri :-)

    ReplyDelete