Thursday, July 1, 2010

TAZKIRAH 4 - Mahram

Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai di antara kita yang mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia membawa kepada hal yang fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya
 
Wallah hu a'lam
 
Siapakah Mahram Bagi Wanita

Melalui artikel ini bakal menjelaskan  siapakah mahram wagi wanita sekaligus setakat manakah batas aurat di hadapan mahram.

Definisi mahram (bagi wanita)

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)

Siapakah Mahram?

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bolehnya mahram melihat bahagian perhiasan (aurat tertentu) dari tubuh wanita.

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau...”

Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya mereka sentiasa berada bersama bercampur-baur di dalam rumah yang sama.

Daripada ayat tersebut, Allah Subhanahu wa Ta’ala memulakannya berdasarkan turutan berikut:

1 – Suami.

2 – Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.

3 – Bapa suami (bapa mertua).

4 – Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5 – Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.

6 – Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.

7 – Pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu tidak termasuk mahram yang dibolehkan untuk tidak menutup aurat. Ini adalah berdasarkan daripada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari ‘Ikrimah ketika menafsirkan ayat 31 dari surah an-Nuur, “Ia (‘Ikrimah) berkata, “Pada ayat ini Allah tidak menyebutkan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu. Kerana hukum pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu mengikuti putera-putera pak cik mereka (sepupu). Dengan demikian, mereka tidak boleh melepaskan khimar (tudung) ketika berhadapan dengan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu.” (Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 4/338. Lihat: Tafsir Ibnu Katsir)

Namun, (lebih tepat) kebanyakan ulama berpendapat bahawa mereka (Pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu) adalah sama hukumnya dengan mahram yang lainnya dengan berdalilkan hadis dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Bahawasanya Aflah, saudara Abul Qu’ais (iaitu pak cik sepersusuannya) datang meminta izin untuk menziarahinya (menemuinya) setelah diturunkan ayat Hijab. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Aku tidak mengizinkannya”. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam datang, aku menceritakan apa yang telah aku lakukan. Ternyata beliau menyuruhku supaya mengizinkannya menemuiku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari. Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 158)

8 – Mahram kerana sepersusuan juga tidak disebutkan melalui ayat terebut. Namun, para ulama berhujjah dengan hadis dari ‘Aisyah tadi dan bersepakat bahawasanya mereka sama seperti mahram yang lainnya.

Mahram Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya

Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisaa’, 4: 23-24)

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wudhu’. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 6/554)

Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

“Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaksanakan wudhu’ secara bersama-sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 193)

Dapat difahami daripada peristiwa ini ia adalah khusus bagi para isteri dan mahram. (Ibhu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 1/465)

Menurut Ibnul Jauzi rahimahullah:

“Di dalam hadis tersebut terdapat suatu penjelasan yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki boleh melihat anggota-anggota wudhu’ bagi mahramnya, demikian juga sebaliknya.” (Ibnul Jauzi, Jami’ Ahkam an-Nisaa’, 4/195)

Penutup

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang dijelaskan di atas. Ada pun penutupan aurat dengan sempurna, bolehlah merujuk semula kepada artikel sebelumnya.

 
DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN

Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya.
Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut:
[1]. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]
[2]. Sepupu (Anak kepada pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:

“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian. [An-Nisa’: 24]
Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh Abdur Rohman Nasir As-Sa’di berkata:
” Hal itu seperti sepupu (dari sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)”. [Lihat Taisir Karimir Rohman hal 138-139]

[3]. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”. [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]

Imam Baghowi berkata; ” Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Lanjutnya: “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian”.

[4]. Mahrom Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.

JENIS-JENIS MAHRAM

[A]. MahrAm Kerana Nasab (Keluarga)
Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surat An-Nur 31:

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada :

suami mereka, atau
ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau
anak-anak lelaki mereka, atau
anak-anak lelaki suami mereka, atau
adik beradik lelaki mereka, atau
anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau
anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau
wanita-wanita di kalangan mereka, atau
hamba-hamba yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.


Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”


Para ulama’ tafsir menjelaskan: ” Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:

[1]. Ayah
Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala;
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. “[Al-Ahzab: 4]

Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy Syinqithi rahimahullah, “Difahami daripada firman Allah Ta’ala ” Dan isteri anak kandungmu …” (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4, 37,40″ [Adlwaul Bayan 1/232]

Adapun bapak tiri dan bapak mertua akan dibahas pada babnya.

[2]. Anak Lelaki
Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.

[3]. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.

[4]. Anak-anak saudara (anak buah)

Bbaik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]

[5]. Pakcik
Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;

“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya rdquo;Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab rdquo;Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]

Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]

Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)

[b]. Mahram Kerana Penyusuan

Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:

[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa’ 6/235]

Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah radhiallahu ‘anha.

“Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur’an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” [HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama’. (lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]

[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari Hubungan Penyusuan.

Qur’an :
” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …” [An-Nisa’ : 23]

Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda :

“Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab.” [HR Bukhori 3/222/2645 dan lainnya]

[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab Penyusuan?

Mahrom kerana sebab penyusuan seperti mahram dari nasab iaitu:


[1]. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
[2]. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
[3]. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
[4]. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga keturunan mereka
[5]. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)

(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan beberapa tambahan)

[C]. Mahram Karena Mushoharoh

[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram karena pernikahan.” [An Niyah 3/63]

Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ” Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]

[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:
“Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur 31]

“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa’ : 22]

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]

[c]. Siapakah Mahrom Wanita Dari Sebab Mushoharoh

Ada lima yakni :
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:

“Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.: [Tafsir Ibnu Katsir 3/267]

[2]. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa’di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]

[3]. Anak Tiri (Anak Suami Dari Isteri Lain)

Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga keturunan mereka [Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]

[4]. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]

[5]. Menantu Laki-Laki (Suami putri kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir

No comments:

Post a Comment

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...