Mula-mula kami bercadang untuk pasang TILE balik, memikirkan lambat atau cepat lantai akan meletup balik...membazir, kami buat pilihan ke-2.
Pilihan ke-2 kami ingat nak pasang Lamite Flooring. Tapi setelah buat banyak percaturan, lantai Laminate kurang tahan lasak. Kebanyakkannya kes "senang kembang" sebab bahan asasnya daripada kayu jadi kalau kena air secara berlebihan lantai ni akan rosak. Kalau rosak kena buka semua lantai dan pasang satu per satu balik. Agak buang masa.
Laminate Flooring Layer
Pilihan terakhir kami, kami pilih Lantai Vinyl. Lebih Lasak, kurang bunyi tapak kaki dan kalis air. Kami pilih cara pemasangan menggunakan sapu gam pada lantai baru lekatkan Vinyl.
Kami pergi ke FLOOR WORLD, Sungai Buloh. Macam-macam pilihan dekorasi lantai dan dinding rumah pada harga yang sangat berpatutan. Saya kongsikan gambar yang menarik yang ada di Floor World.
Macam-macam jenis lantai dan bentuk ada.
Segala jenis skirting pun ada.
PVC Roll
Hiasan Dinding
Kat sini pun ada jual Levelling Floor Compound,
Water Based Primer dan Gam untuk pasang Vinyl.
Kiranya semua ada berkaitan dengan pemasangan lantai dan dinding ada.
Sebelum kita memulakan proses pasang Vinyl, kita perlu Level kan balik lantai yang tak berapa cantik. Barang yang perlu ada untuk Floor Levelling..
Water Based Primer
Cara guna : Sapukan Primer dengan berus pada lantai yang hendak disimenkan.
Boleh disapu lebih daripada sekali tetapi pastikan sapuan pertama betul-betul kering.
Sapu primer sehingga timbul permukaan berkilat bila dah kering (Glossy).
Ini adalah Levelling Compound.
Sangat senang digunakan. Sediakan satu baldi bancuhan yang besar.
Masukkan 6.25 Liter air dan masukkan 1 peket Levelling Compound dan
kacau sehingga sebati menggunakan Concrete Mixer pasangkan kat Drill.
kalau tak jenuh nak membancuh. Ada jual kat kedai hardware.
Levelling Compound ni akan mengeras dalam masa 4 - 6 jam. Sangat cepat berbanding simen biasa.
Yang lagi best bila tuangkan kat lantai terus dia mengalir dan rata sendiri.
Concrete Mixer
Drill
Levelling Floor Tools
Boleh beli kat Ezbuy..Levelling Tools
Cara mengacau Compound tu lebih kurang macam gambar ni.
Untuk 25 kg Compound Simen lagi besar baldinya.
Gambar ni contoh gambaran sahaja.
Levelling Compound mengalir sendiri.
Cuma perlu pastikan dia rata mengikut kehendak kita.
Dalam masa 4 - 6 jam dia dah keras.
Boleh pijak.
Alang-alang pecahkan terus sampai kat pintu.
Kami buat Final Levelling Floor bagi lantai cantik lagi.
Ni adalah gambar selepas sapuan Primer
Lantai dah Level menggunakan Levelling Compund. Cantikkan dah!
Sekarang kita pasang Vinyl mengikut Design yang kita nak.
Nak senang pasang Vinyl dan tak nak pening (untuk Beginner),
susun tiga Vinyl mengikut design dan gamkan.
Nak pasang Lantai Vinyl urat dia perlu diselang-selikan.
Jangan sebaris.
Proses Pemasangan Vinyl
Alhamdulillah Siap Akhirnya..
Salam tuan. boleh saya tau harga self leveling compound tu? and nampak macam tuan hack skirting sekali. boleh cite sikit macam mana buat? terima kasih
ReplyDeletelupa plak. 1 beg self compound tu boleh cover berapa kaki persegi?
ReplyDeleteSalam bro.. Boleh dpt no fon x.. Nk blajar dr bro psg vinyl..
ReplyDeleteAmbik upah pasang dan levelling x en?
ReplyDeleteMaaf. Tiada. Cuma sekadar hobi dan suka buat sesuatu yg baru.
DeleteSalam, kalau lantai memang dah simen je, sesuai tak pakai vinyl sticker?
ReplyDeleteSalam. Sesuai,tapi pastikan lantai rata.
ReplyDeletecommercial vinyl flooring sheet
ReplyDelete