Sunday, November 10, 2013

Khasiat Almond (Badam) DIMINUM bersama Susu Kambing



Jom kita mulakan hari kita dengan susu kambing dicampur bersama kacang badam. Kini, tidak susah untuk kita dapatkan badam dan susu kambing. Terdapat pelbagai jenis produk susu kambing yang boleh anda dapatkan dipasaran.

Selain memberi tenaga untuk tubuh kita, terdapat 1001 rahsia dan khasiat disebalik badam dan susu kambing. 

Cara : Kalau hendak mudah, beli badam yang sudah dikisar. Ada dijual dipasaraya. Biasanya dibahagian bahan-bahan kek / biskut. 

Campurkan 1 sudu makan badam kisar ke dalam secawan susu kambing dan minum. Sedap!!!! 

Boleh diamalkan oleh semua peringkat umur. Untuk kanak-kanak dibawah umur 2 tahun anda harus blend badam sampai sebati dengan susu. Nanti tercekik pula anak tu nanti. Selamat beramal!

KHASIAT BADAM  (ALMOND):

  • Badam Beri Tenaga Tambahan dan Menguatkan Memori : 

Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.



Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Kajian berkenaan dilihat dapat membantu kesan antioksidan apabila memakan badam dan kajian seterusnya menunjukkan kesan Vitamin E dan terbitan polipenolik seperti flavonoid yang ditemui dalam badam dan pokok kekacang lain.


  • Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. 


  • Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.


  • Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.
Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.



  • Badam Meredakan Diabetes

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.



  • Badam Membantu Menghalang Batu Karang
Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

  • Badam Menghalang Osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

  • Badam untuk Wanita Hamil
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Info dari : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/07/badam-khasiat-dan-ubatan.html


KHASIAT SUSU KAMBING:

Bayi & Kanak-kanak
Dewasa & Warga Tua
Penderita Penyakit
Cerdas Minda
Tenaga
Fungsi Sel Imun
Tumbesaran
Penyembuhan Luka
Usus dan Perut
Cirit Birit / Alahan
Masalah Sendi/Sakit Lutut
Pemulihan Selepas Pembedahan
Sistem Imun
Tulang Rapuh
HIV - AIDS
Demam Kuning
Penyakit Lupa/Nyanyuk
Melawan Radikal Bebas


Ibu Mengandung
Pelajar
Ahli Sukan
Cegah Demam Kuning
Kecerdasan Minda
Tenaga
Khasiat Penting
Peka & Penumpuan
Stamina
Tenaga
Sistem Imun
kekuatan Otot
Pemulihan
Tingkatkan Kecerdasan
Kesihatan Tulang

Sejarah di sebalik Susu Kambing


Nabi Adam
Bermulanya ‘Human Civilization’ (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.

Nabi Ibrahim
Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

Nabi Isa
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Nabi Muhammad SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu’aith
(Dipetik dr Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com)

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW: Telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing. Baginda memilih susu kambing (”minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)
Dinasti China
Tahukah anda  Dinasti China semenjak 2,500 tahun dahulu Puteri-Puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing? Manakala masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan Meningkatkan Daya Ingatan, Ketahanan Badan dan Amalan Perubatan.

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.

Cleopatra & Mahatma Gandhi
Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.





6 comments:

  1. Salam kenal dan salam silaturahim, good luck!

    ReplyDelete
  2. Terimakasih gan telah berbagi informasi. Salam kenal dan semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  3. Untuk menambah lagi khasiat susu badam ni, lebih baik guna biji badam yang direndam lebih kurang 4 jam. Semasa mengisar masukkan biji buah pelaga (isi yang hitam tu)dari dua ulas buah pelaga.

    ReplyDelete
  4. Wow! very informative and helpful. thanks sis.

    ReplyDelete
  5. mcm sedap je susu kambing dgn kacang badam... nk try buat jugak lah

    ReplyDelete
  6. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...