Saturday, December 24, 2011

Char Kuew Teow ala Warung

Cadangan hidangan : 1 orang
Persiapan memasak  : 5 minit
Masa memasak          : 5 minit


Bahan-bahan:
1 peket Kuew Teow - direndam dan dibasuh
3 ulas bawang putih - dicincang halus
5 ekor Udang Putih besar
SegenggamTaugeh
5 sudu besar Kicap Manis (Saya gunakan Kicap Lemak Manis Jalen)
2 sudu besar Sos Sotong / Kicap Ikan
1 sudu besar Sos Tiram
2 biji Telur Ayam
Minyak masak / Minyak tumis


Cara-cara Memasak:
1. Panaskan kuali (Gunakan api besar). Masukkan minyak masak.
2. Apabila minyak dah panas. Masukkan udang dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan segenggam kuew teow, kicap manis dan sos sotong/sos ikan.
6. Kacau kesemua sehingga rata. Masukkan taugeh dan kacau.
7. Akhir sekali masukkan telur 2 biji. Kacau dan terus angkat untuk dihidang.
* Apabila dah masuk taugeh dan telur. Jangan kacau lama-lama. Baru char kuew teow anda kelihatan sedap dan enak untuk dimakan.

Cepat dimasak, Enak dimakan.


Original Resepi by Aemy.co

No comments:

Post a Comment

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...