Tuesday, June 26, 2012

Hukum Menyusukan Anak Lebih dari 2 Tahun


Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan:“Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.


Sumber :  http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html



Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.


Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm


Pada pandangan saya :



Jika telah termaktub didalam al-Quran menyatakan penyusuan ibu yang terbaik adalah sehingga bayi tersebut berumur 2 tahun. Adalah banyak sebabnya yang tersendiri. Wallahu'alam.


Jika seorang ibu hamil menyusukan anaknya semasa hamil. Ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan pada rahim. Hal ini boleh membantutkan perkembangan bayi didalam rahim ibu tersebut.

Para ibu digalakkan menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Selain dapat mengurangkan risiko kanser payudara kepada ibu ia juga dapat membantu ibu untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badannya semula.


Umur bagi seorang bayi adalah 0 bulan sehingga 2 tahun. Selepas 2 tahun sehingga 12 tahun adalah kanak-kanak.



1 comment:

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...