Monday, April 1, 2013

Mee Goreng Power!!!

Waktu penyediaan bahan: 7 minit
Waktu Memasak : 7 minit

Bahan-bahan :
Sepeket Mee Kuning - basuh
2 Sudu Besar Cili Giling - Jenama Puteri
3 ulas bawang putih - cincang
*Sayur = Kubis / Sawi / Kailan (mengikut selera anda) - hiris
Kicap Manis - Kipas Udang
2 biji telur
1 sudu besar sos cili
*Lauk = Fishball / Fishcake / Ayam / Udang / Sotong - mengikut selera anda

Cara-cara:
1. Panaskan kuali (Guna api besar * kalau dah biasa masak). Masukkan sedikit minyak masak.
2. Masukkan 2 sudu cili giling. Tumis sehingga garing. Letakkan 1 sudu soso cili dan kacau.
3. Masukkan lauk kegemaran anda ( Fishball / Fishcake / Ayam / Udang / Sotong ). Kacau sehingga masak.
4. Masukkan 3 ulas bawang putih yang sudah dicincang halus. Tumis sampai naik bau.
5. Pecahkan 2 biji telur kedalam kuali sehingga separuh masak.
6. Masukkan sayur kubis / Sawi / Kailan. Kacau semuanya sehingga sebati.
7. Masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaulkan semuanya.
8. Bubuh kicap manis cap Kipas Udang sehingga mee bertukar warna hitam. Gaulkan semuanya dan tutup api!

***Dah Siap..Jom Makan!!!!****

No comments:

Post a Comment

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...