Friday, July 15, 2016

Resepi - Puding Karamel / Puding Telur Gula Hangus

Cara Mudah Memasak Puding Karamel / Puding Telur Gula Hangus

SENANG JER....Boleh Ulang buat kalau dah habis makan. hehehe.

Resepi ni sesuai untuk yang tiada alat penyukat.

!!!!Baca Semua Step Sebelum Nak Buat Resepi ni Ya!!!!

Waktu Penyediaan Bahan : 5 - 10 minit
Waktu Memasak : 45 minit
Penyediaan untuk 3-4 orang makan.

Langkah 1:

Bahan A : 90 gram gula putih / 7 sudu besar (sudu makan)


Cara-cara :


1. Pastikan anda ada loyang bulat yang ngam-ngam untuk dimasukkan kedalam periuk.
2. Bersihkan loyang dan letakkan keatas api dapur.

3. Masukkan gula putih.
4. Sentiasa kacau sehingga gula menjadi cair dan bertukar warna perang.

5. Bila semua gula dah cair dan bertukar warna perang. Gerakkan loyang supaya semua gula tutup permukaan bawah loyang. Tutup api. (Jangan sampai hangus)
6. Biarkan gula tersebut sejuk didalam loyang. Gula yang dah cair tu akan keras. Confirm. Biarkan.

-+-+-+ Sudah boleh mula panaskan air dalam periuk. Isi air suku periuk dan biarkan didih api sederhana.


Langkah 2:
Bahan-bahan B :

a. 5 biji telur (Gred A atau B)
***Semua telur dipecahkan kedalam 1 mangkuk dan kacau sehingga semua telur sebati.
b. 400ml Susu Full Cream (kotak) - 2 kotak minuman saiz biasa.
c. 100ml Susu Sejat Cair (tin) - 10 sudu besar (sudu makan)
d. 60 gram gula putih / 5 sudu besar (sudu makan)
e. 3 titik Vanilla Esen - Untuk Hilangkan Bau Hanyir Telur

Cara-cara :
1. Sediakan 1 mangkuk yang boleh muat semua bahan diatas.
2. Masukkan gula

Masukkan telur guna penapis.
Bila dah tapis akan terasing lendir telur yang menyebabkan hanyir.

3. Kacau gula dengan telur sehingga sebati.
4. Masukkan 2 kotak Susu Full Cream,
10 sudu besar Susu Sejat Cair
dan beberapa titik Vanilla esen.

5. Kacau lagi semuanya sehingga sebati.
6. Ambil loyang yang ada gula.
Ambil penapis, tapis semua Bahan B kedalam loyang.


Langkah 3:

Barang-barang :
Periuk
Aluminium Foil

Cara Memasak (Double Boiled)

1. Panaskan periuk dengan api yang sederhana kuat. Seeloknya panaskan periuk sebelum menyediakan Bahan A dan Bahan B.

2. Tutup loyang dengan aluminium foil.
3. Angkat perlahan-lahan guna sarung tangan tahan panas. Kalau tak melecur kena periuk panas.
4. Masukkan loyang kedalam periuk.

5. Tutup periuk dan gunakan api memasak yang paling kecil.
6. Biarkan masak selama 30 minit sahaja. Set timer ya.
7. Tepat 30 minit, tutup api dan keluarkan loyang dari periuk. Biarkan sejuk diluar selama 1 jam.
8. Selepas sejam diluar, masukkan kedalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam.
9. Bila sudah sejuk, terbalikkan kedalam pinggan dan sedia untuk dimakan.


Barang-barang :
Periuk kukus
Aluminium foil

Cara Memasak (KUKUS)

1. Panaskan periuk kukus dengan api yang sederhana kuat. Seeloknya panaskan periuk sebelum menyediakan Bahan A dan Bahan B.
2. Tutup loyang dengan aluminium foil.
3. Angkat perlahan-lahan guna sarung tangan tahan panas. Kalau tak melecur kena periuk panas.
4. Letakkan loyang kedalam periuk kukus.
5. Gunakan api yang paling kecil dan perlahan. Supaya puding tak pecah. Cantik je bila dah siap.
6. Tutup periuk kukus.
7. Biarkan masak selama 45 minit. (Jangan terlebih masak. Puding jadi berlubang.)
8. Lepas dah siap masak tutup api dan keluarkan dari periuk.
9. Biarkan sejuk. Bila loyang dah sejuk, boleh dimasukkan kedalam peti sejuk.
10. Bila dah sejuk, ambil pinggan dan terbalikkan.
11. Sedia untuk dimakan. Nyum nyum.

Lepas dah buat 1st time ni, bila second time tak sampai 5 minit untuk penyediaan.

Teknik Double Boiled

Guna Api Yang Paling Kecil

Teknik Kukus:

Dah siap masak

Sudah sejuk dan sedia untuk dimakan:

Hasil dan rasa resepi ni. Ngam ngam manis dan lembut puding karamel.

Sekali buat mesti nak buat lagi. Tak Cukup!!! Rasa Saaaangat SEDAP!

Selamat Mencuba!!!

Tips Puding Karamel Yang Sedap:

1. Masak guna cara Double Boiled (Waktu memasak 30 minit sahaja). Rasa puding ini lebih padu berbanding teknik kukus.

2. Bahan A iaitu gula yang sudah cair dimasak, di simpan semalaman didalam peti sejuk. Menjadikan puding ini lebih rasa berlemak.

No comments:

Post a Comment

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...