Monday, July 3, 2017

The Kabin, Kuala Selangor

Pergi The Kabin, Kuala Selangor waktu Cuti Sekolah (Peak Time) Mac 2017.

Bertolak dari rumah lepas solat Zuhur dalam 1.30pm. Ikut jalan Paya Jaras, Sungai Buloh. Dalam pukul 3pm kami sampai.

Di nasihatkan guna Waze sebab signboard memang tiada di Jalan Besar.


Sekitar kawasan The Kabin









Sekitar kawasan pantai. Pantai Tak boleh mandi.


Suasana pagi Air Surut.


Banyak umang-umang, ikan belacak, remis dan pelbagai jenis burung disini

 Kalau anda berjalan kepantai waktu pagi sebelum pukul 8 pagi, 
boleh bertemu dengan sekumpulan monyet.

Kedai sarapan pagi : 
Warung Nasi Lemak terletak betul-betul disebelah jalan masuk dari Jalan Besar. Waktu dari 7pagi sampai 8pagi sahaja. Memang sedap!!

Kedai makan malam ikan bakar yang terbaik : 
Bumbu Desa Pantai Remis. Kalau masuk ikut jalan Medan Selera boleh jumpa kedai ni.

**Perkara menarik disini:
>>Ada bilik Karaoke yang luas
>>Kolam Renang yang luas
>>Suasana yang tenang
>>Pelayan tetamu yang ramah
>>Ada Dewan
>>Ada kawasan beriadah (playground, badminton court, barbeque)
>>3 / 5 Bintang dari kami.

**Perkara kurang menarik:
>>Karaoke (microfon rosak, lagu-lagu lama)
>>Bilik yang agak sempit sehingga tiada ruang untuk solat.
Kalau ada keluarga dinasihatkan ambil bilik yang paling besar.
>>Kebersihan bilik dan tandas perlu dipertingkatkan

No comments:

Post a Comment

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...