Like Us

Monday, June 6, 2011

Khasiat Manjakani

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

1.Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

2.Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

3.Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada
  dan barah rahim.

4.Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria
  dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

5.Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan
  semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

6.Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj
  yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

7.Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

8.Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya
  selepas bersalin.

9.Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah
  jerawat.

10.Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu
    tisu pada mata.

11.Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka
      amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.

12.Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

13.Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

14.Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

15.Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

16.Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan
     pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Khasiat Manjakani 1.
Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.
Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Khasiat Manjakani 2
Ini tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.

Khasiat Manjakani 3
Untuk ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.



dipetik dr : http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/04/manjakani-dan-khasiatnya.htmld

No comments:

Post a Comment