Carta ini disusun untuk membantu mereka yang profesional di dalam bidang kesihatan untuk membantu keluarga yang menyusukan anak dengan susu ibu. Ia menyediakan langkah awal untuk mengenalpasti dan mengurus beberapa masalah harian berkaitan penyusuan susu ibu.
BAYI YANG SUKA MENANGIS
Menangis boleh mengecewakan hubungan di antara ibu dan anak serta menimbulkan tekanan di dalam keluarga. Menangis adalah cara bayi memberitahu sesuatu. Sesetengah bayi menangis tanpa sebab tetapi tangisan yang berpanjangan memerlukan lebih perhatian. Ibu kepada bayi yang suka menangis kerap hilang keyakinan diri untuk menyusukan anak.
Simptom · Menangis - Sama ada tanpa sebab atau punca yang jelas. · Tidak selesa · Kesukaran Penyusuan - penyusuan yang kerap atau enggan menyusu. · Kurang berat badan serta sikap bayi yang tidak ceria. Punca · lapar - jarang menyusu, hisapan kurang efektif, penyusuan terlalu singkat, selera bertambah · berpisah - tidak cukup hubungan kemesraan antara ibu dan anak. · lebih rangsangan - terlalu ramai orang yang menjaga bayi, terlalu bising, terlalu banyak pancaran cahaya lampu. · tidak sihat atau sakit - sakit telinga, tumbuh gigi, gastro-oesophageal reflux, kesan suntikan. · alahan, dermatitis · kembong - tidak memahami sepenuhnya, mungkin ada kaitan dengan usus perut, atau untuk jangka masa yang lama, bermula secara spontan, tidak selesa, tidak ada kaitan dengan cara pemakanan, berhenti secara spontan selepas berusia tiga bulan. · pemakanan ibu - alergen susu ibu terutama yang menyerap daripada protein susu lembu.·
Ubat-ubatan ibu - ubat yang diberi oleh doktor atau membeli dari farmasi dan ubat-ubatan lain yang diambil oleh ibu. · tembakau, kafein Pengurusan Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar belakang · Tanya perasaan ibu mengenai penyusuan dan tangisan bayi (rasa bersalah, marah dan tidak berupaya), keluarga dan reaksi bayi seumur kepada tangisan bayi . ·
Cara pemakanan, tangisan · Gaya hidup, pemakanan, perubatan dan ubatan, najis penambahan berat badan Rawatan yang berkaitan · Periksa bayi untuk melihat tanda sakit. · Perbetulkan posisi dan cara dakapan · Awasi pemakanan ibu untuk menilai makanan yang menjadi punca tanpa menjejaskan khasiatnya. Cadangan yang praktikal · makanan tambahan tidak perlu atau membantu · biar bayi menyusu payu dara pertama untuk mendapatkan susu akhir yang mengandungi lemak dan juga mengenyangkan, barulah beri payu dara sebelah lagi. · Menghisap yang lebih selesa untuk menenangkan bayi jika bukan masalah lebih bekalan. · Sentuhan urut perut bayi secara lembut, posisi menegak bagi bayi yang perut kembong. ·
Periksa sama ada bayi selesa - pakaian tidak terlalu ketat, tidak terlalu panas/sejuk · Mengurangkan mulas perut, memegang dengan tekanan yang lembut di atas perut bayi. · Pergerakan cahaya lampu dan muzik yang lembut untuk membantu menenangkan bayi. · Kurangkan rangsangan kepada bayi tetapi rapatkan dia dengan ibu bapanya. ·
Berhati-hati memberi ubat-ubatan mulas perut kepada bayi · Berhenti/mengurangkan merokok, elak merokok dekat bayi Beri keyakinan dan sokongan Memberi jaminan kepada ibu bahawa anaknya sedang membesar dengan baik. Beritahu dia ramai bayi yang melalui tempoh tidak stabil, beritahu ibu itu bahawa anaknya bukan "nakal". Bantu dia memahami tabiat bayi dan beri keyakinan kepadanya bahawa dia boleh menyusu dengan berjaya. Cadangkan kepadanya supaya berbincang dengan ibu-ibu lain atau dapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan susu ibu.
BENGKAK SUSU
Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusu sendiri bayi sejak lahir. Bengkak susu boleh dielak dan senang diurus. Simpton · payu dara - nampak berkilat, sakit, tegang dan keras, rasa agak panas bila dipegang. · Puting - leper, bengkak atau merekah. ·
Bayi - sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar. · Susu tidak keluar · Let-down mungkin rasa sakit · Ibu mungkin demam Punca Faktor penyusuan · jarang menyusu · mengehadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat · tidak menyusu waktu malam · tidak rapat dengan ibu/bayi · hisapan kurang efektif · bercerai susu · beri anak minuman lain pada awal kelahirannya Faktor hubungan - ibu · tekanan · psikologi - muda, tidak mendapat sokongan, takut, letih, enggan menyusu ditolak oleh bayi. · rutin hospital - memisah ibu dan anak, lewat dan mengehadkan penyusuan ibu, pemberian susu formula (prelacteal feeds). · Masalah pengeluaran oksitoksin Hubungan - bayi · sukar menyusu kerana tidak normal, masalah cara hisapan. · Sakit · Tidak cukup bulan ·
Guna botol susu atau puting kosong Pengurusan Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar belakang · Tanya perasaan ibu mengenai penyusuan susu ibu (sakit, geli, letih) · Kekerapan menyusu, malam dan siang · Tempoh menyusu · Mengambil makanan tambahan · Guna botol atau puting plastik kosong ·
Bercerai susu (balik kerja semula, berpisah dan masuk hospital) Penilaian Penyusuan Ibu · posisi dan hubungan ibu dan anak · hisapan yang efektif - ritma hisapan, penambahan berat badan, kekerapan kencing dan buang air besar · bercerai susu ibu - tanda let-down reflex · perubahan pada payu dara dan puting - berkilat, merah, ketegangan payu dara, puting yang sakit. · tanda sakit, lemah, tidak bermaya dan masalah anatomi mulut.
Rawatan yang relevan · perbetulkan posisi dan kemesraan dakapan · galak penyusuan yang lebih kerap dan tanpa had malam dan siang (sekurang-kurangnya 8 - 12 kali termasuk dua kali di sebelah malam ) dan memerah susu ibu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam · galak ibu mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali · guna analgesik bagi jangka masa yang singkat jika ibu berasa sakit · ubati puting yang bengkak dan merekah (lihat sakit puting dan bengkak susu) Pengurusan yang terbaik ialah mencegah Cadangan Yang Praktikal · rangsangan pengeluaran oksitoksin dan let-down, demah payu dara sebelum menyusu dan urut payu dara dan puting perlahan-lahan. ·
Cadangkan kepada ibu berkenaan supaya meminta suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkoknya sebelum menyusu. · Cadangkan teknik releks yang sesuai untuk si ibu. · Perah susu secukupnya sebelum menyusukan bayi bagi melembutkan areola dan bayi dapat didakap lebih rapat. · Mulakan menyusu sebaik saja rasa payu dara penuh. · Biarkan bayi habis menyusu di payu dara pertama sebelum tukar kepada payu dara kedua ·
Demah dengan air sejuk selepas menyusu untuk keselesaan mengurangkan masalah vaskular bengkak dan kembang. · Perah sedikit susu ibu di antara waktu menyusu untuk keselesaan · Jika berlaku bengkak susu, si ibu perlu lebih bantuan untuk perbetul posisi menyusu dan pengaliran susu. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah penyusuan, laktasi menekan dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain seperti saluran susu tersumbat, mastitis dan breast abscess.
SALURAN SUSU TERSUMBAT
Banyak factor masalah susu tersumbat boleh dielak. Simpton · Payu dara sihat cuma rasa berketul di bahagian tertentu. · Rasa sakit di bahagian berkenaan. · Nampak kemerahan · Tidak demam, mungkin selsema - seperti simpton di peringkat awal Punca Sama dengan masalah bengkak susu dan :- ·
Trauma/tekanan luaran - bra yang ketat, kerap tidur, tekan dengan jari semasa menyusukan anak. · Lebih bekalan susu · Bintik putih di atas puting/susu di bawah kulit ( milk blisters) Pengurusan Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat latar belakang · tanya bagaimana perasaan ibu ketika menyusu · kekerapan dan tempoh menyusu · sakit puting · situasi dalam keluarga - tekanan, letih, sokongan emosi · pemakanan si ibu dan kesihatannya.
Penilaian penyusuan · posisi dan dakapan · tekanan daripada pemakaian, jari ketika menyusu yang boleh meransang pengaliran susu · bintik putih di atas puting atau perkara tidak normal yang lain Rawatan relevan · meningkatkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif dan pengaliran susu ibu. ·
Menggelakan tekanan · Bintik putih di atas puting mungkin perlu dibuang, jika tidak selesaikan secara spontan dengan hisapan bayi. Cadangan Yang Praktikal Sama seperti bengkak susu, begitu juga cara ini. · urut perlahan-lahan di sekeliling payu dara hingga ke puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah. ·
Jika perlu sokong payu dara dengan telapak tangan. · Elak - tidur meniarap baju dalam ketat, tali penyokong mendukong bayi yang menekan payu dara dan putting yang kena payu dara, menekan puting, tekanan jari keatas payu dara. · Rehat bersama bayi di atas katil dan kerap memberi bayi menyusu - setiap 2 hingga 2 ½ jam sekurang-kurangnya, makan dengan sempurna, minum air secukupnya.
MASTITIS
Mastitis perlu diberi perhatian kepada wanita yang sedang menyusu. Simptonnya adalah seperti deman selsema. Simptom · bahagian payu dara akan berasa hangat, merah dan bengkak · sakit · rasa tidak sihat · demam Punca Sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat.
Mastitis tidak berjangkit · berlaku berikutan susu keluar daripada saluran tisu atau daripada alveoli, biasanya berlaku kerana bengkak susu yang tidak dirawat dan saluran susu tersumbat Mastitis berjangkit · pengaliran susu yang tidak sempurna · trauma payu dara dan puting membenarkan kemasukan bakteria · tekanan dan sistem imun yang lemah Pengurusan Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar belakang Sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Rawatan relevan · Periksa payu dara untuk melihat simpton tisu rosak, puting merekah ·
Perbetul pengaliran susu - baiki posisi dan dakapan, kerap menyusu - setiap 2 hingga 2.5 jam sekurang-kurangnya. · Ubat segera jika berlaku apa-apa infeksi · Ubat antiflammatory atau analgesik jika perlu · Makan pemakanan berkahsiat dan banyak minum air ·
Berehat sekurang-kurangnya 24 jam. Jika simpton semakin jelas, berlaku pula rekahan, kerap demam dan pergaliran susu yang kurang sempurna, rawat ia dengan antibiotik. Rawatan antibiotik hanya untuk mastitis yang sah berjangkit. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari. Mungkin resistant - penicillinase.
Hanya antibiotik yang sesuai untuk wanita laktasi boleh diguna. Organisma yang selalu terbabit ialah Staphylococcus aureus. Nasihat si ibu mengenai kesan sampingan yang mungkin dialami si ibu (candida) dan bayi (diarea). Apabila jangkitan bakteria tidak ada pengaliran yang mencukupi, boleh mengakibatkan terkumpulnya nanah dan berlaku rekahan puting.
Masalah yang jarang dialami ini akan memerlukan sama ada pembedahan untuk memperbetulkan pengaliran susu atau needle aspiration dan terapi antibiotik. Cadangan untuk memberi keyakinan dan sokongan Pastikan si ibu bahawa dia boleh menyusu walaupun sedang mengalami masalah payu dara. Terangkan kepadanya kenapa perkara itu berlaku dan bagaimana cara untuk mengelak daripada masalah yang sama berulang. Beri sokongan emosi dan minta dia buat pemeriksaan lanjut atau nasihat dia bertemu kaunselor untuk membantu.
TIDAK CUKUP SUSU
Salah satu sebab yang kerap diberi kerana berhenti menyusu ialah "tidak cukup" susu. Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Sama ada tanggapan ini betul atau tidak, bekalan susu yang kurang boleh dirawat.
Simptom Tanggapan · ibu memberitahu bahawa bayinya kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/lama, enggan menghisap payu dara yang 'kosong", mengantuk dan tidak berminat untuk menyusu, peningkatan berat badan yang lemah. ·
Ibu juga memberitahu payu daranya tidak berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada susu. Boleh dipercayai · peningkatan berat badan kurang daripada 500g sebulan · berat badan bayi kurang daripada waktu lahirnya kira-kira dua minggu (kecuali yang lahir dengan berat badan yang tinggi) · air kencing bayi sedikit, warna kuning, berbau dan kurang daripada 6 kali sehari · najis sedikit, keras, kering, bewarna hijau. · Kulit bayi berkedut, wajah pula 'bimbang" ·
Bayi keletihan, mengantuk dan menangis lemah. Punca Faktor Penyusuan · dakapan yang lemah menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. · Masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir. · Jarang menyusu, kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam · Tidak menyusu di waktu malam ·
Tidak ada makanan tambahan · Guna botol, puting plastik · Pengambilan alkohol, tembakau, kafein oleh ibu. Faktor Bayi · sakit · tidak cukup bulan, bayi lemah untuk menghisap secara efektif · pertumbuhan diri (biasanya sekitar 6 minggu, 3 dan 6 bulan apabila selera bertambah) · tidak normal - bibir sumbing, "tongue-tie" · otot lemah Faktor psikologi · kurang keyakinan diri - ibu muda, tidak berpengalaman, pernah mengalami kegagalan untuk menyusu, bimbang bentuk payu dara berubah, tekanan keluarga atau rakan sebaya. ·
Tidak suka menyusu bayi, bayi enggan menyusu - tidak mendakap bayi dengan rapat, sejarah hidup pernah mengalami penganiayaai seksual. · Letih yang teramat sangat · Sedih Faktor yang jarang berlaku · ubat perancang, diuretics · hamil · pernah menjalani pembedahan payu dara · uri masih melekat · fungsi tiroid yang tidak normal · tisu glandular atau payu dara yang lemah Pengurusan Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat latar belakang ·
Tanya si ibu mengenai perasaannya mengenai penyusuan, bekalan susu dan bayinya. Nilai situasi keluarga dan sokongan. · Kekerapan dan tempoh menyusu · Kencing bayi, najis bayi, peningkatan berat badan dan perubahan sikap · Pemberian makanan tambahan, botol susu, pelapik puting · Sakit, bayi tidak normal · Sakit, penggunaan ubat-ubatan, pengambilan ubat-ubatan, pemakanan berkhasiat, status emosi ibu. ·
Pernah menjalani pembedahan payu dara, melecur, tidak normal (payu dara terlalu kecil, puting termasuk ke dalam, . Payu dara kecil terbahagi kepada normal dan tidak normal) Penilaian Penyusuan · posisi dan dakapan · keberkesanan reflek "let-down" - berat payu dara, bayi menelan, tetesan susu · kemesraaan atau keengganan tanda tekanan kepada ibu-bayi. Rawatan Relevan · perbetulkan posisi dan dakapan · ubahsuai ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi susu. ·
Bercakap dengan ibu setiap hari kemudian mingguan sehingga bayi meningkat berat badan dan keyakinan ibu. · Rujuk ibu kepada pakar perunding laktasi jika perlu bantuan pakar. Cadangan Yang Praktikal · penyusuan susu ibu yang lebih kerap - sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam. · Tidur berdekatan bayi dan susui dia setiap malam apalabila tahap prolactin tinggi. · Kurangkan makanan tambahan dengan perahan susu ibu. ·
Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan untuk jangka masa pendek sehingga bekalan susu meningkat. · Elak penggunaan botol, guna cawan untuk memberi bayi perahan susu ibu. · Berehat dan relaks semasa menyusukan bayi. Beri keyakinan dan sokongan Terima kata-kata ibu mengenai bekalan susunya dengan terbuka. Tanamkan keyakinan kepadanya supaya dia boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi. Paling penting, pastikan si ibu faham mengenai bekalan - permintaan. Rujuk dia kepada kaunselor untuk sokongan berterusan. .
PUTING BENGKAK DAN SAKIT
Jika payu dara atau puting si ibu mengalami rasa sakit atau tidak selesa, pengurusan penyusuan mesti dinilai semula. Penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Simptom · tidak selesa (gatal, rasa panas) · sakit · merekah · ruam (dermatitis, herpes) · kemerahan · kulit berkeping, kulit berkilat · sakit selepas menyusu Punca · dakapan dan posisi kedudukan yang tidak betul · bengkak susu (lambat, jarang menyusu) · candida (ibu dan/atau bayi) · salah hisapan · bayi keliru antara hisapan puting susu botol dan penyusuan ibu, jika makanan tambahan diberi. ·
Salah guna pam memerah susu, salah teknik memerah susu. · Salah cara ketika mengalih bayi selepas menyusu · Penutup puting, pelapit baju dalam/pakaian basah, baju dalam nylon. · Dermatitis (basuh dengan sabun/alkohol, krim puting) · Vasospasm (sejuk, tekanan emosi) · Tidak bercakap · Atopik ekzema Pengurusan Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat latar belakang · Minta si ibu menerangkan keadaan payu dara dan putingnya sewaktu menyusukan anak. Tanya bila rasa sakit, (permulaan, semasa atau selepas penyusuan) ·
Jangka masa puting bengkak, rasa sakit puting. · Corak penyusuan bayi dan sikapnya. · Pengunaan botol atau alat gantian lain, sama ada cecair atau makanan lain diberi, guna pelapik putting (nipple shield). Penilaian Penyusuan · posisi dan dakapan · kedudukan ibu semasa menyusu - adakah kedudukannya menyebabkan puting tertarik daripada mulut bayi? · payu dara - puting merekah, bengkak susu.
Dermatitis, candida · mulut bayi - tanda candida atau tongue-tie Rawatan Relevan · meningkatkan kemesraan di antara ibu dan bayi · mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan areola. Jika perlu perah dengan jari secara lembut. ·
Jika berlaku simpton walaupun posisi menyusukan anak dan kemesraan dakapan di antara ibu dan anak baik, cuba ambilkira rawatan untuk candida kepada ibu dan anak · Jika sakit semakin terasa, cadangkan ubat seperti paracetamol ·
Jika rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1 hingga 2 hari · Rujuk kepada pakar laktasi jika bimbang ada masalah hisapan · Rawat puting jika berlaku dermatitis. Cadangan Yang Praktikal · sebelum menyusukan bayi, demah payu dara untuk merangsang pengaliran susu. ·
Jika berlaku bengkak susu, perah susu secara lembut supaya areola dan puting juga menjadi lembut dan mudah dihisap bayi. · Duduk dengan selesa dan releks · Dakap bayi dengan betul pada dada · Mulakan penyusuan di sebelah payu dara yang kurang sakit · Susui bayi secara lebih kerap, mengikut keperluan bayi, elak perbuatan mengehadkan penyusuan. ·
Jika ibu perlu berhenti ketika sedang menyusu, perlahan-lahan mengeluarkan puting daripada mulut bayi dengan cara meletakkan jari kelingking di antara gusi bayi. · Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan kering. ·
Elak guna sabun dan alkohol pada puting. · Elak sapu minyak angin atau sebarang minyak di atas puting kecuali yang dibenarkan. (Minyak asli Montgomery glands cukup untuk mengekalkan keanjalan puting. Susu ibu mempunyai kandungan anti-jangkitan). · Kerap tukar pelapik payu dara. Jangan guna pelapik yang dibuat daripada plastik. · Pakai baju dalam kain kapas (baju dalam nylon tidak menyerap kelembapan dan boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria) ·
Jika perlu, guna pelindung puting (nipple shield) untuk mengelak puting yang bengkak daripada terkena pakaian. Cadangan untuk memberi keyakinan dan sokongan · Beri ibu jaminan bahawa puting yang bengkak adalah sementara saja. Tidak lama lagi dia boleh menyusu semula anaknya dengan lebih selesa. Terangkan posisi penyusuan. Beritahu si ibu juga bahawa posisi yang baik boleh mengubati dan mengelak puting daripada bengkak dan masalah lain. Cadangkan kepada ibu untuk mendapat maklumat dan sokongan daripada kaunselor penyusuan susu ibu.
Sekolah Memandu, Supplement Harian, Suami, Isteri, Masakan, Anak-anak, Pedoman Hidup Seharian, Supplement, Herba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak SINAR CAHAYA
Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sinar Cahaya dibuka untuk anak-anak Transit (Sebagai tempat rehat anak-anak bersekolah) serta anak-an...
-
Awal bulan Januari 2018, ditengah malam yang sunyi tiba-tiba bunyi kaca pecah bertubi-tubi. Ingat pinggan kat dapur pecah rupa-rupanya Tile ...
-
Jom kita mulakan hari kita dengan susu kambing dicampur bersama kacang badam. Kini, tidak susah untuk kita dapatkan badam dan susu kambi...
-
Cadangan Hidangan : 5 orang Masa Memasak : 15 minit Masa Penyediaan : 20 minit BAHAN² KUAH: 2 SUDU MAKAN MINYAK MASAK...
No comments:
Post a Comment