Cara-cara buat Pop Corn

Bahan² yang diperlukan untuk pop corn:
3 camca besar minyak masak sayuran
1 cawan jagung kering (dijual dlm peket kat pasaraya)

Cara-cara:
1. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak. Biarkan sampai panas.
2. Masukkan 3 biji jagung kering dan tunggu sampai dia "pop".
3. Masukkan 1 cawan jagung kering tadi. Biarkan dalam 5 minit. Anda boleh lihat jagung tu meletup-letup.
4. Bila bunyi dah berhenti. Keluarkan dari periuk dan masukkan kedalam mangkuk.

Cara-cara buat karamel:
2 camca besar mentega
6 Sudu gula
1 Sudu Madu lebah


Cara-cara:
1. Masukkan mentega, madu dan gula didalam kuali.
2. Panaskan sampai mendidih.


Akhir sekali, cuahkan karamel keatas pop corn dan gaulkan sehingga rata. Apalagi..jom kita makan pop corn!!!



Comments

Popular posts from this blog

Cara-cara buat KUAH Yong Tau Foo

RESEPI MEE KUNG FU/MEE LADNA/MEE KANTONIS

Khasiat Almond (Badam) DIMINUM bersama Susu Kambing